| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Penjagaan Kesihatan Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor

Pada 23 Mei 2017, Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) telah mengadakan Kursus Penjagaan Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Negeri Selangor. Kursus ini disertai oleh 27 orang warga kerja PKPA. Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada para peserta tentang pemakanan secara sihat dan kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala serta pelancaran Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) peringkat institusi. Taklimat kursus telah disampaikan oleh Dr. Rosnawati bin Muhamad Robat dari Pejabat Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Asrul dan Pn Salasiah dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor.


""