22 Mei 2017 ? Telah berlangsung Program Jalinan Kasih sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Penghuni Penjara Sandakan bertempat di Perkarangan Penjara Sandakan. Objektif program adalah untuk memberi peluang kepada penghuni merasai kegembiraan suasana menyambut perayaan bersama keluarga. Program ini dibuat dengan kolaborasi antara Penjara Sandakan dengan wakil rakyat setempat juga merupakan platform yang terbaik bagi mempromosi peranan dan fungsi jabatan penjara itu sendiri. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan antaranya ialah tarian magunatip, tarian sumazau, pertandingan ratu cantik, ratu comel, badan sado dan badan comel. Program telah dirasmikan oleh YB. Datuk Charles O?Pang, Adun N.44 Karamunting. Turut hadir PKP Zulkifli Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Sabah / W.P Labuan, pegawai kanan Penjara Sandakan, keluarga penghuni dan rakan media daerah Sandakan. Pada majlis tersebut, YB Datuk Charles O?Pang telah menyumbang bantuan kewangan sebanyak RM1,800.00 kepada Kelab Rekreasi dan Kebajikan Penjara Sandakan.
""