Pada 16 Mei 2017, Pusat Koreksional Puncak Alam telah mengadakan Program Home-Help dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor. Program berlangsung di Rumah Ehsan Kuala Kubu Baharu dan disertai 15 orang warga kerja PKPA. Program kali ini memberi peluang kepada peserta melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat di Rumah Ehsan berkenaan yang merupakan pusat jagaan warga tua gelandangan dan sakit. Diharap program sebegini dapat memberi kesedaran kepada peserta tentang peri pentingnya menjaga keharmonian institusi kekeluargaan dan menghormati kedua ibubapa.
""