29 Mei 2017 ? 3 Ramadhan 1438 berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa dan Perpisahan Felo Muda Dakwah (FMD) bersama warga Maktab Penjara Malaysia (MPM). Turut hadir menjayakan majlis adalah Yang DiPertua YADIM Dr Yusri Bin Mohamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme Timbalan Komisioner Ibrisam Bin Abdul Rahman bersama Timbalan Pengarah Maktab Penjara Malaysia Penolong komisioner Murali A/L Rajoo dan Pengurus Besar Operasi YADIM En Redhauddin Kamaruzaman. Majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara peserta FMD bersama warga Maktab Penjara Malaysia.
FMD adalah merupakan kursus yang disertai oleh peserta yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama dari pusat-pusat pengajian tinggi di bawah seliaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau YADIM. Seramai 30 peserta FMD menyertai kursus pada siri 2017 ini. Kursus anjuran YADIM ini telah berjalan hampir 2 bulan di MPM dimana kursus ini merupakan satu program inisiatif khas cetusan pimpinan kerajaan khusus bagi melahirkan generasi pelapis pemimpin negara yang mempunyai pemikiran dan bercorak Islam. Ia juga merupakan satu program kolaborasi antara dua agensi iaitu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan Jabatan Penjara Malaysia amnya dan Bahagian Pembangunan Profesionalisme Khususnya.
"" FMD adalah merupakan kursus yang disertai oleh peserta yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama dari pusat-pusat pengajian tinggi di bawah seliaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau YADIM. Seramai 30 peserta FMD menyertai kursus pada siri 2017 ini. Kursus anjuran YADIM ini telah berjalan hampir 2 bulan di MPM dimana kursus ini merupakan satu program inisiatif khas cetusan pimpinan kerajaan khusus bagi melahirkan generasi pelapis pemimpin negara yang mempunyai pemikiran dan bercorak Islam. Ia juga merupakan satu program kolaborasi antara dua agensi iaitu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan Jabatan Penjara Malaysia amnya dan Bahagian Pembangunan Profesionalisme Khususnya.