Pada 4 Mei 2017 ? Bertempat di Dewan Parameswara telah diadakan Program Intervensi Kaunseling Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol (SPADA) yang dianjurkan oleh ACREDA ? SPADA Universiti Sains Islam Malaysia. Fasilitator yang terlibat adalah terdiri dari pelajar yang mengikuti pengajian Sarjana dalam bidang Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol. Intipati kaunseling kelompok dilaksanakan melalui pendekatan intervensi psikoterapi pendidikan yang mana turut memuatkan beberapa aktiviti-aktiviti yang merangsang kognitif positif pelajar, menggalak daya asertif sosial selain membantu meningkat kuadram pemikiran yang lebih rasional terhadap sebab dan akibat dari pengambilan serta penyalahgunaan dadah sintetik terlarang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti Drug Free Youth, Siapa Aku Sebenarnya, Wacana Kelompok, Pokok Keluarga dan rumusan keseluruhan.
""