| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Dari Pegawai Jabatan Penjara Negara Filipina Ke Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka

Pada 27.02.2017 (Isnin) Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima lawatan seramai (5) orang pegawai dari Jabatan Penjara Negara Filipina. Lawatan tersebut disambut oleh PP Muhammad Kamal bin Samsudin yang mewakili TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang. Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Pegawai Kanan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM). Lawatan tersebut adalah untuk melihat sistem keselamatan, pemulihan dan rawatan kesihatan serta melihat rekebentuk Penjara Sungai Udang, Melaka. Rombongan tersebut juga dibawa melawat ke penempatan banduan wanita, pejabat pemulihan, hospital penjara, tempat perjumpaan banduan dan bengkel perusahaan.


""