| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Daerah Larut Matang Dan Selama

Pada 1 Mac 2017 (Rabu)  Institusi Pusat Koreksional Kamunting telah dipilih oleh Jawatankuasa Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat Daerah Larut Matang dan Selama untuk mengendalikan mesyuarat (MTMD) Bil 1/2017. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ybhg. Dato? Hj. Kamaruddin Bin Awang  Pegawai Daerah Larut Matang Dan Selama. Antara ahli mesyuarat yang hadir adalah ketua-ketua Jabatan dan Agensi Keselamatan seperti POLIS, AADK, PEMADAM, Pejabat Pendidikan Daerah, Kementerian Belia Dan Sukan, serta  barisan Penghulu kampung. Jumlah Kehadiran ahli mesyuarat pada hari tersebut adalah seramai 45 orang. Mesyuarat ini membincangkan perancangan hala tuju dan kerjasama Agensi yang terlibat dalam membanteras penyalah gunaan Dadah.Institusi Pusat Koreksional Kamunting di hadiri oleh Timbalan Pengarah PP Wan Hasnoul Zairie Bin Wan Husin. Instutusi ini juga turut memberikan taklimat program di dalam penjara yang dilaksanakan di Pusat Koreksional Kamunting. Setelah selesai mesyuarat sesi bergambar dan sedikit jamunan makan telah disediakan oleh Institusi ini bagi meraikan tetamu yang hadir.


""