23 Februari 2017 - Institusi Sekolah Henry Gurney Melaka telah mengadakan Perlancaran Hari Ko-Kurikulum Penghuni SHG Telok Mas bertempat Mini Stadium Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh En Azhan Bin Anuar, Ketua Sektor Pendidikan IPPM yang turut di hadiri oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas Melaka, PKP Arzae Bin Abdullah, Pengarah Koreksional SHG Jasin, En Ibrahim Bin Baharom, Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah dan Pegawai dan kakitangan SHG Melaka. Aturcara dimulakan dengan perbarisan, ikrar kejohanan, pertunjukan pancaragam dan acara olahraga 4x100m dan 4x400m yang turut disertai oleh kakitangan SHG. Manakala tarik tali akhir menjadi kemuncak acara diantara Pasukan Rumah Hang Lekir bertemu Pasukan Rumah Hang Tuah yang berkesudahan Pasukan Rumah Hang Tuah memenangi pertandingan tersebut dan seterusnya dinobatkan sebagai johan keseluruhan.
""