Bertempat di Masjid Al-Muhajirin Penjara Sungai Udang, Melaka pada 24.02.2017 (Jumaat) telah menerima kehadiran TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob Yang Dipertua Negeri Melaka. Kehadiran beliau adalah untuk melihat segala persiapan perasmian masjid yang akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V pada 03.03.2017. Ketibaan beliau telah disambut oleh TKP Aziz bin Mohamed Pengarah Penjara Negeri Melaka, Exco Kerajaan Negeri Melaka, Ketua Polis Melaka, Pengarah Institusi Penjara Negeri Melaka serta pegawai kerajaan yang lain. TYT juga turut bersama dengan kariah masjid menunaikan solat jumaat.
""