Pada 6 Mac 2017 (Isnin) Institusi Pusat Koreksional Kamunting telah menerima lawatan rasmi dari Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pihak KDN dihadiri oleh En Asrul Bin Zakaria iaitu Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri. Turut bersama pada sesi lawatan tersebut adalah beberapa pegawai kanan dari KDN khususnya yang terlibat dalam program pemulihan tahanan di bawah Akta POTA. Pusat Koreksional Kamunting di hadiri oleh Timbalan Pengarah PP Wan Hasnoul Zairie Bin Wan Husin serta Pegawai-pegawai kanan Institusi ini. Pihak Institusi juga turut memberikan taklimat persediaan dan perancangan untuk menerima tahanan POTA. Setelah selesai taklimat dan melawat Blok tahanan, semua tetamu bergambar dan menikmati jamunan makan yang telah disediakan.
""