| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Menggenggam Kasih Tahun 2017 Anjuran Bersama Jabatan Agama Islam Johor

Ahad 1 Mac 2017, bersamaan 21 Safar 1438H, telah diadakan Majlis Perasmian Program Menggenggam Kasih, bertempat di Dewan Gemilang Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Majlis dirasmikan oleh Hajah Alina Wong binti Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir PKK Hajjah Raha  binti Jawahir, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, PKP Tuan Mohd Shukri Bin Harun Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Pegawai-pagawai kanan Jabatan Penjara Malaysia. Majlis dimulakan dengan ceramah slot 1 bertajuk ? Nafsu Jenayah Terhadap Keluarga ? yang telah disampaikan oleh Ustaz Fakhrurrazi Bin Yusof Pegawai Khidmat Nasihat Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru, seterusnya Ceramah Slot 2 yang bertajuk ? Kaedah Taubat Dan Kesannya ? disampaikan Oleh Ustaz Muhammad Hamizan bin Sayuti Pegawai Khidmat Nasihat Pejabat Kadi Daerah Kluang dan Ceramah Slot 3 bertajuk ? Aku Insan Unik ? yang disampaikan oleh PPP Azman bin Mat Yashim dari Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Penyampaian Sijil Penyertaan  kepada wakil tahanan Pusat Pemulihan Akhlak Muar yang disampaikan oleh Hajah Alina Wong binti Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.


""