Pada 28 Februari 2017 (Selasa) bersamaan 1 Jamadilakhir 1438h, Unit Agama Islam Penjara Kajang telah mengadakan satu Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Penghuni 1438H yang telah diadakan di Surau At-Taqwa bermula jam 9.00 pagi. Program bertujuan menggalakkan budaya membaca Al Quran setiap masa disamping memilih wakil penghuni ke majlis perujian antara institusi akan datang. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pemulihan, KIP Mohd Sharil dan Ustaz Azhar (Ketua Unit Agama). Seramai 10 orang penghuni telah terlibat yang mewakili setiap blok dalam perujian tersebut.
""