| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvoi Amal Bermotosikal Ke Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (YAATIM)

Pada 27 Februari 2017 (Isnin) Penjara Taiping, bertempat di hadapan Penjara Taiping telah diadakan pelepasan bagi peserta konvoi Amal bermotosikal ke Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan(YAATIM), PPA Machang dan Penjara Pengkalan Chepa yang melibatkan 39 peserta konvoi yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Penjara Taiping (KESURA) dengan kerjasama Malaysian Prison Bikers (MPB). Majlis telah di mulakan dengan ucapan oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping dan seterusnya pelepasan konvoi. Program ini juga turut disertai oleh TKP Shukri Bin Saad selaku Pengerusi Malaysian Prison Bikes (MPB) dan PKP Nik Robidin Bin Komandan PLPP. Tujuan Konvoi Amal ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan ikhlas oleh kakitangan penjara selain itu, memberi peluang kepada kakitangan bertemu bual dan beramah mesra dengan anak-anak yatim.


""