| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Zon Utara 1 Dan Penyampaian Watikah Perlantikan Lembaga Hakim Pelawat Negeri Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang

Pada 8 Mac 2017(Rabu), bertempat di Auditorium PULAPEN, Pusat Koreksional Perlis telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Zon Utara 1 Dan Penyampaian Watikah Perlantikan Lembaga Hakim Pelawat Negeri Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato? Suriani bin Dato? Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Yang Berbahagia KP Dato? Jamaludin bin Saad, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen,IPPM serta Encik Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail, Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, IPPM dan Yang Berusaha PKK Zainah binti Pardi, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan, IPPM. Majlis tersebut juga turut diserikan dengan kehadiran Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Zon Utara 1 dan Pengarah-Pengarah Institusi Zon Utara 1.

Majlis ini melibatkan seramai 185 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Zon Utara 1 Dan Penyampaian Watikah Perlantikan kepada 15 Lembaga Hakim Pelawat Negeri Perlis, 2 Lembaga Hakim Pelawat Negeri Kedah Dan seorang Lembaga Hakim Pelawat Negeri Pulau Pinang. Majlis berehat sebentar dan dihiburkan dengan gesekan biola daripada Kumpulan Seri Mengkuang. Sebagai tanda kenang-kenangan, Yang Berbahagia TKSU dan Yang Berbahagia KP Dato? Jamaludin bin Saad  menanam pokok harumanis berhampiran dengan kawasan tanaman harumanis, yang telah ditanam oleh tetamu kehormat yang pernah hadir ke institusi ini. Majlis ini berakhir kira-kira jam 12 tengahari.


""