Pertandingan Juara Masak anjuran PERSIAP Penjara Marang dengan kerjasama Bahagian Jualan LPG, PETRONAS Dagangan Berhad , Terengganu telah berlangsung pada 10 Mac 2017 (Jumaat) bertempat di Perkarangan Rumah Rehat Penjara Marang. Majlis telah disertai oleh 10 pasukan dan telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Terengganu, PKK Ahmad Saidi bin Hamzah dan isteri. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Penjara Marang, PKK Mohamad bin Ismail dan isteri serta Wakil dari pihak PETRONAS Dagangan Terengganu. Pertandingan ini telah diadili oleh pengadil dari pihak KEMAS Daerah Marang, Terengganu.
""