Pada 08 Mac 2017 (Rabu), Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Program Derma Darah bertempat di Kelab Sukan SHG Telok Mas. Seramai 94 pegawai dan anggota bersama-sama komuniti masyarakat Telok Mas telah menyertai program ini. Program dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk ?Hadiah Kehidupan Dari Perspektif Sains dan Islam? yang telah disampaikan oleh Dr. Mawardi Bin Abdul Abas bersama Dr. Ayuwati Binti Mohd Ali. Seramai 15 kakitangan Pasukan Perubatan Hospital Besar Melaka turut menjayakan program ini. Sepanjang program ini berlangsung, seramai 43 individu layak menderma darah manakala bagi Kempen Pendermaan Organ seramai 10 individu institusi ini telah mendaftar dan berikrar sebagai Penderma Organ.
""