Pada 18 Mac 2017, Pusat Koreksional Bintulu telah dipilih sebagai penganjur bagi Sambutan Hari Penjara ke-227 Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2017. Sambutan Hari Penjara ini telah diadakan di Ruang Legar Bawah Dewan Suarah Bintulu. Majlis ini telah disempurnakan oleh TKP Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang turut dihadiri oleh KetuaKetua Institusi dan dimeriahkan dengan kehadiran seramai 19 orang Pegawai Kanan, 91 orang anggota lain-lain pangkat, dan 10 orang kakitangan awam dari institusi penjara sarawak. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, dan Bakti Setia diikuti bacaan doa dan bacaan ikrar jabatan yang diketuai oleh TPP Celestine Jubang Anak Paul. Aturcara majlis diteruskan dengan penyampaian pingat kepada 38 orang pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Parol Daerah dan 6 institusi penjara Sarawak. Majlis telah dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.
""