| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Futsal Lelaki Dan Wanita Penjara Negeri Sarawak Bagi Tahun 2017

Pada 18 Mac 2017, Pusat Koreksional Bintulu telah menganjurkan Kejohanan Futsal Lelaki dan Wanita Penjara Negeri Sarawak bagi tahun 2017 yang telah diadakan di Stadium Muhibbah (Indoor) Bintulu. Sebanyak 8 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut iaitu Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Penjara Puncak Borneo, Penjara Pusat Sri Aman, Penjara Pusat Sibu, Pusat Koreksional Bintulu, Pusat Pemulihan Khas Bintulu, Penjara Pusat Miri, dan Penjara Limbang. Johan telah dimenangi oleh Pusat Koreksional Bintulu, Naib Johan ialah Penjara Puncak Borneo dan tempat ketiga ialah Penjara Pusat Miri. Manakala bagi kategori wanita telah dimenangi oleh Pasukan Wanita Zon B (Pusat Koreksional Bintulu, Penjara Pusat Miri, Penjara Limbang). Seramai 12 orang pemain lelaki dan wanita telah dipilih bagi mewakili Penjara Negeri Sarawak dalam Kejohanan Futsal Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2017. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh TKP Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Kejohanan ini dimulakan pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 6.00 petang.


""