10 Mac 2017 (Jumaat) - Penjara Pra Bebas, Dusun Dato? Murad telah melakar sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai perintis kepada Projek MOSTI Social Innovation Iaitu Program Kesedaran Peluang Industri Organik Melalui Penanaman Pokok Secara Organik Untuk Kelestarian Taman. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah selaku Timbalan Menteri di Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi.
Aturcara majis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Bakti Setia, ucapan aluan oleh YBhg. Dato? Norhalim Bin Yunus selaku Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, ucapan oleh YBhg. TKP Dato? Mohd Sakeri Bin Hj Dollah selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan yang mewakili YBhg KJP Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Hj Omar dan ucapan penyerahan projek oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah. Majlis diteruskan dengan penyerahan projek iaitu penyampaian sijil kepada kolaborator, penyampaian cenderahati, simbolik penanaman pokok. Majlis telah diakhiri dengan sidang media dan jamuan makan tengah hari.
"" Aturcara majis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Bakti Setia, ucapan aluan oleh YBhg. Dato? Norhalim Bin Yunus selaku Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, ucapan oleh YBhg. TKP Dato? Mohd Sakeri Bin Hj Dollah selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan yang mewakili YBhg KJP Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Hj Omar dan ucapan penyerahan projek oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah. Majlis diteruskan dengan penyerahan projek iaitu penyampaian sijil kepada kolaborator, penyampaian cenderahati, simbolik penanaman pokok. Majlis telah diakhiri dengan sidang media dan jamuan makan tengah hari.