| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Kali Ke 227 Tahun 2017 Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perlis

20/03/2017 (isnin). Majlis Sambutan Hari Penjara Kali ke 227 Tahun 2017 Peringkat Pejabat Pengarah Penjara  Negeri Perlis telah diadakan pada 20 Mac 2017 yang bertemakan ?Peneraju Perkhidmatan Korektif?. Antara pengisian aktiviti sepanjang hari tersebut ialah perbarisan pagi yang telah diadakan di lobi Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perlis dimulakan dengan bacaan ikrar, nyanyian lagu  Negaraku dan ?Bakti Setia? serta Majlis Penyampaian Pingat dan Sijil Penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang.

Majlis disempurnakan oleh PP Amer Shariffudin b. Mat Noor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Perlis yang membacakan teks ucapan Dato? Seri Komisioner Jeneral Penjara sempena  sambutan Hari Penjara Kali ke 227. Majlis Sambutan Hari Penjara diteruskan dengan sesi ceramah bertajuk ?Kesetiaan Kepada Negara? yang disampaikan oleh pegawai Jabatan Penerangan Negeri Perlis.

Majlis ini diteruskan lagi dengan aktiviti gotong royong pada sebelah petang iaitu membersihkan kawasan Rumah  Sejahtera Baitul Hannan (Rumah Orang Tua) di Bohor Mali, Perlis yang turut disertai oleh Orang DiParol, Pesalah PKW, Penghuni Rumah Perantaraan, kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perlis serta pelajar Kolej Komuniti Arau Perlis.


""