Pada 20 Mac 2017, Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping telah dipilih sebagai penganjur bagi Sambutan Hari Penjara ke-227 Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2017.Sambutan ini telah diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Pegawai Penjara dan telah disempurnakan oleh TKP Tan Tian Heng Ahli Pengarah Penjara Negeri Perak yang turut dihadiri Ketua ? Ketua Institusi Penjara Negeri Perak serta Lembaga Hakim Pelawat. Aturcara majlis diteruskan dengan penyampaian pingat kepada 60 orang pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak, Parol Daerah dan 6 institusi penjara negeri Perak. Pelbagai acara telah disusun atur bagi meriahkan lagi Sambutan Hari Penjara Peringkat Penjara Negeri Perak antara lawatan ziarah kakitangan Jabatan Penjara yang uzur. Pada sebelah petang aktiviti gotong ? royong perdana di Padang Golf Pusat Koreksional Kamunting. Pada malam pula diadakan perlawanan Tenpin Bowling Institusi Penjara Negeri Perak di AEON Mall Kinta City.
""