| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara 227 Peringkat Institusi Penjara Reman Pulau Pinang

Pada 20/03/2017 (isnin). Majlis Sambutan Hari Penjara Kali ke 227 Tahun 2017 Peringkat Institusi Penjara  Reman Pulau Pinang telah diadakan pada 20 Mac 2017. Antara pengisian aktiviti sepanjang hari tersebut ialah perbarisan pagi yang telah diadakan di Perkarangan Kawad Penjara Reman Pulau Pinang dimulakan dengan bacaan ikrar, nyanyian lagu  Negaraku dan Bakti Setia serta Majlis Pemakaian Pangkat, Penyampaian Pingat dan Sijil Penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang.

Majlis disempurnakan oleh PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang yang membacakan teks ucapan Dato Seri Komisioner Jeneral Penjara sempena  sambutan Hari Penjara Kali ke 227.

Antara pengisian program bagi sambutan kali ini, pihak institusi mangadakan sesi  ceramah bertajuk Integriti yang disampaikan oleh Institut Integriti Pulau Pinang. Pada sebelah petang, majlis diteruskan dengan senamrobik, pertandingan gusti lengan, futsal, petanque, congkak, batu seremban dan pertandingan karaoke. Disebelah malam diadakan solat berjemaah, bacaan yassin dan tahlil.


""