Sambutan Hari Penjara Ke 227 Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak Tahun 2017 yang diadakan pada 20 Mac 2017 (Isnin) telah dihadiri oleh PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan PP Achon anak Tadeng. Majlis Sambutan Hari Penjara Ke 227 turut dihadiri seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Selain perbarisan dan penyampaian pingat/riben/sijil kepada penerima, majlis telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Ceramah Kesihatan yang bertajuk ?Makanan Sihat dan Seimbang? yang disampaikan oleh Encik Mackendy Manggis, Pegawai Sains Pemakanan daripada Klinik Kesihatan Batu Kawa, lawatan kebajikan ke rumah pegawai dan aktiviti sukan badminton.