Pada 20 Mac 2017 (Isnin) Sambutan Hari Penjara kali ke 227 Peringkat Negeri Perak Zon Utara 2 telah di adakan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping (PLPP). Salah satu agenda di dalam tentatif program pada hari itu adalah aktiviti ?Gotong Royong Perdana? Peringkat Negeri Perak di mana Pusat Koreksional Kamunting menjadi tuan rumah. Lokasi gotong royong yang menjadi pilihan adalah kawasan padang golf dan bermula pada jam 3.00 petang telah disertai seramai 250 orang kakitangan hasil gabungan kerjasama setiap institusi di dalam negeri Perak. Kerja- kerja kebersihan meliputi penebangan pokok liar, rumput panjang dan penyelengaraan lanskap padang golf. Turut menyerikan program pada petang itu dengan kehadiran Pengarah Penjara Negeri Perak TKP Tan Tian Heng dan juga Pengarah- Pengarah institusi di dalam Negeri Perak.