Pada 11 Mac 2017 (Sabtu) aktiviti gotong-royong peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo telah diadakan bermula jam 7.30 hingga 11.00 pagi. Aktiviti tersebut telah dirasmikan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Negeri Sarawak,PKP Walace anak Nawon, Pengarah Penjara Puncak Borneo dan telah disertai seramai 70 orang pegawai dan kakitangan Kompleks Penjara Puncak Borneo. Aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan di kawasan flat kakitangan, kawasan perubahan pegawai dan sekitar kompleks.
""