Tanggal 03.03.2017 ( Jumaat ) adalah detik yang bersejarah yang tidak dapat dilupakan bagi penduduk Sungai Udang, Melaka amnya dan seluruh rakyat Negeri Melaka khasnya di atas keberakatan tiba Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V yang mencemar duli untuk merasmikan Masjid Sultan Muhammad V, Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka. Masjid yang telah dibina pada tahun 2010 dan boleh menempatkan seramai 1,500 jemaah pada sesuatu masa telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda sebelum solat jumaat. Baginda juga turut bersama-sama menunaikan solat jumaat bersama kariah masjid serta jamuan rakyat bersama ribuan rakyat negeri Melaka terutama penduduk sekitar Sungai Udang, Melaka. Turut sama hadir untuk menunggu ketibaan baginda adalah TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob Yang Dipertua Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Ketua-ketua Jabatan Peringkat Negeri dan Persekutuan serta penduduk tempatan.
""