Pada 10 Mac 2017 ( Jumaat ), 3.00 Petang Penjara Taiping, Perak menerima lawatan kerja Y.Bhg. Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) Dato' Wan Abdul Rahman Bin Abdullah. Lawatan kerja ini turut diiringi oleh TKP Ariffin Bin Abdullah, PKK Noorwati Binti Mat Isa. Rombongan disambut oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping serta Pegawai Kanan Penjara Taiping. Dalam lawatan kerja tersebut, Y.Bhg Dato' telah melawat Rumah Rehat Pegawai, Bengkel-bengkel dan blok penempatan penghuni. Lawatan selesai pada jam 5.00 petang.
""