Bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Sungai Udang, Melaka pada 20.03.2017 ( Isnin) telah diadakan Sambutan Hari Penjara Ke 227 Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka. Seramai 185 anggota serta kakitangan awam telah terlibat pada sambutan tersebut di mana seramai 48 anggota telah dikurniakan pingat Jabatan yang telah disampaikan oleh TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang. Selain itu pengarah juga membaca perutusan dari Komisioner Jeneral Penjara (KJP) sempena Sambutan Hari Penjara Ke 227.
""