Pada 18 Mac 2017 ( Sabtu ) bertempat di Penjara Simpang Renggam Johor telah diadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke ? 227 Dan Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2017. Majlis dirasmikan oleh YAB Dato? Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Dalam Negeri. Turut Hadir dalam majlis ini Dato? Mohamed Khaled Bin Nordin Menteri Besar Johor, YB Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed Timbalan Menteri Dalam Negeri , YBhg. Dato? Seri Alwi Bin Haji Ibrahim Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri , YBhg. Dato? Sri Mustafa Bin Haji Ibrahim Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ) , YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar Komisioner Penjara Malaysia , YBhg. Dr Abd Halim Bin Mohd Hussin Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan. Turut hadir dalam majlis ini Ketua ? ketua Jabatan Persekutuan , Ketua ? ketua Jabatan Peringkat Negeri Johor dan masyarakat sekitar Daerah kluang dan Simpang Renggam yang dianggarkan seramai tiga ribu dua ratus orang. YAB Dato? Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Dalam Negeri juga telah membuat pelancaran Yayasan Koreksional Jabatan Penjara Malaysia dan Perlancaran Modul Certifiad Psycho ? Education Practitioner ( CPP ). YAB Dato? Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Dalam Negeri juga menyampaikan Pingat Bakti Setia dan Sijil Perhargaan kepada Jabatan, Agensi , NGO dan individu di atas sumbangan kepada Jabatan Penjara Malaysia.
""