| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kempen Derma Darah Sempena Hari Penjara Ke-227 Kompleks Penjara Kota Kinabalu Tahun 2017

Pada 24 Mac 2017 (Jumaat), telah diadakan Program Kempen Derma Darah Sempena Hari Penjara Ke-227 Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu Tahun 2017 yang telah diadakan di Dewan Mini, Penjara Pusat Kota Kinabalu bermula jam 0830 pagi dan berakhir pada jam 1200 tengahari. Kempen ini dianjurkan bersama Unit Pusat Tabung Darah, Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu yang melibatkan 30 pegawai dan penjawat awam yang bertugas di Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Antara matlamat kempen ini adalah sebagai satu amalan mulia yang dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain yang lebih memerlukan sumbangan darah. Program ini juga dihadiri bersama Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PP Kalbin Hj. Mohd Said.


""