Pada 22 Mei 2017 (Isnin), Unit Program Pembangunan Insan Penjara Kajang bersama Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Di telah bekerjasama mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Hari Wesak Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2017. Program yang diadakan bertempat di Dewan A/B telah melibatkan seramai 186 penghuni Penjara Kajang. Turut hadir pada majlis tersebut penceramah agama dan PPP Tee Kun Kee.
""