Bertempat di Pusat Latihan Pegawai Penjara (PLPP), Taiping Perak, Pelaksanaan Kursus Blue Ocean Strategy (BOS) Online bagi Zon Utara anjuran oleh Bahagian Pembangunan Profesionalisme telah diadakan pada 23 hingga 25 Mei 2017. Kehadiran peserta terdiri daripada 21 orang pegawai Kementerian Dalam Negeri dan 56 orang pegawai Jabatan Penjara Malaysia. Hasil daripada pelaksanaan kursus ini, peserta dapat memahami prinsip dan konsep Blue Ocean Strategy (BOS) serta aplikasinya dalam konteks perkhidmatan awam dan dapat memperkenalkan tools dalam Blue Ocean Strategy (BOS) bagi penghasilan inovasi nilai.
""