Majlis Taklimat Dan Penyampaian Watikah Ahli Panel Deradikalisasi yang dilantik oleh YAB Dato? Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri telah dilaksanakan pada 30 Mei 2017 bertempat di Auditorium VI, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Haji Omar Komisioner Jeneral Penjara. Seramai 46 ahli panel yang terdiri daripada ahli akademik dan kakitangan kerajaan serta NGO telah dilantik bagi menjayakan program deradikalisasi bagi tahanan dan banduan di bawah Jabatan Penjara Malaysia.
""