| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri Pendidikan 1 Ke Sekolah Integriti Kajang

Pada 30 Mei 2017 ( Selasa ) Penjara Kajang, Selangor telah menerima lawatan daripada YB  Dato? P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia. Lawatan tersebut telah disambut oleh YBhg Dato? Narander Singh, Pengarah Penjara Kajang. Turut hadir bersama adalah Tn Haji Darusalam bin Haji  Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur beserta wakil daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Dalam lawatan tersebut sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Penjara Kajang dan seterusnya lawatan ke Sekolah Integriti Kajang. Lawatan tersebut diadakan adalah untuk melihat aktiviti yang dijalankan seperti program Rumah Ngaji, bengkel-bengkel dan sesi temu mesra bersama pelajar cemerlang SPM 2016.


""