Pada 17 Mei 2017, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan lawatan ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka yang telah diketuai oleh YBrs Dr Mohammad Rahim bin Kamaluddin, Pakar Kriminologi UKM diiringi oleh 5 orang pensyarah dan kakitangan serta 45 mahasiswa jurusan ?Asas Kriminologi & Pencegahan Jenayah di UKM. Fokus program adalah berkisar kearah usaha di dalam membantu para penghuni untuk melihat kehidupan secara konstruktif dan positif serta tidak berputus asa dalam memperbaiki kesilapan lampau. Program bermula dari jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seroja dan disertai bersama seramai 80 orang penghuni.
""