1 Jun 2017 6 Ramadhan 1438H Penjara Kajang telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan peringkat Penjara Kajang. Turut hadir menjayakan majlis adalah YBrs.TKP Haji Darussalam bin Haji Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur. Aturcara majlis didahului dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zul Izzudin bin Sanep daripada Bahagian Agama, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan seterusnya pemberian sumbangan yang disampaikan oleh YBrs TKP Haji Darussalam bin Haji Budin kepada anak-anak istimewa.
""