| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Pusat Koreksional Bintulu Bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Pada 2 Jun 2017 bersamaan 7 Ramadhan 1438H, Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Pusat Koreksional Bintulu Bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Ajidin Bin Haji Salleh. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran 70 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan, anggota pelbagai pangkat, kakitangan awam, isteri-isteri dan anak-anak kakitangan yang telah diadakan di Ruang Legar Pejabat Pentadbiran Pusat Koreksional Bintulu. Ketibaan Pengarah Penjara Negeri Sarawak pada jam 6.00 petang telah disambut oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani. Dalam majlis tersebut, Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menyampaikan sumbangan daripada Kelab Sukan Penjara Negeri Sarawak sebanyak RM 500.00 untuk membiayai sebahagian kos sambutan Perayaan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri bagi kakitangan. Tepat jam 6.35 petang semua tetamu yang hadir telah bersama-sama berbuka puasa, disusuli dengan solat Maghrib, solat Isya dan diakhiri dengan solat Tarawih secara berjemaah.


""