Pada 05.06.2017 (Isnin) bertempat di Masjid Sultan Muhammad V telah diadakan kempen Derma Darah Ramadhan. Program ini diadakan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Besar Melaka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menampung kekurangan darah di Tabung Darah Hospital di samping dapat memberi sumbangan atau kerja amal di bulan Ramadhan. Program yang diadakan bermula jam 08.00 malam sehingga 11.30 malam telah mendapat sambutan dari penduduk setempat terutama kariah masjid Sultan Muhammad V.
""