Program Ihya? Ramadhan Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu telah berjaya diadakan pada hari Selasa, 06 Jun 2017. Acara majlis didahului dengan Ceramah Agama yang disampaikan oleh Ustaz Ku Mohamad Haris bin Ku Zakaria, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam daripada Penjara Pusat Kota Kinabalu. Seterusnya, acara diteruskan dengan persembahan daripada penghuni iaitu persembahan hafazan Al-Quran, Nasyid dan Deklamasi Sajak. Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu juga turut bersama-sama menjayakan Majlis Berbuka Puasa. Seterusnya diadakan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama penghuni dan majlis berakhir dengan jamuan makan malam pada jam 8.00 malam.
""