Pada 12 Jun 2017 bersamaan 17 Ramadhan 1438H, Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan Penghuni Bersama Pengarah Pusat Koreksional Bintulu. Majlis tersebut telah dihadiri seramai 17 orang Pegawai Kanan, 20 anggota lain-lain pangkat, dan melibatkan seramai 80 orang penghuni muslim. Majlis tersebut telah diadakan di Surau Dalam Pusat Koreksional Bintulu. Tepat jam 6.37 petang semua tetamu dan penghuni yang hadir telah bersama-sama berbuka puasa, disusuli dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan tahlil dan doa selamat, solat Isya berjemaah, dan solat Tarawih berjemaah. Majlis tamat pada jam 9.30 malam yang diakhiri dengan jamuan moreh.
""