| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Iftar Ramadhan banduan Bersama Pengarah Penjara Pusat Miri Tahun 2017

Pada 12.6.2017 bersamaan 17 ramadhan 1438H,Penjara Pusat Miri telah mengadakan Majlis Iftar Penghuni Bersama Pengarah. Majlis ini telah diadakan di Dewan PPI Penjara Pusat Miri yang disertai oleh 47 orang banduan terpilih dan 23 orang daripadanya merupakan peserta tadarus Alquran pada tahun ini.

Susun atur majlis dimulai dengan tahlil yang diketuai oleh wakil penghuni. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian wang zakat penghuni yang disampaikan oleh pengarah kepada Pengurus Baitulmal Sarawak Cawangan Miri, Puan Marini binti Juraibi. Seramai 46 orang banduan bengkel telah menunaikan zakat fitrah pada tahun ini.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada 23 orang (penghuni) peserta tadarus Al-quran yang telah khatam Alquran. Seorang wakil penghuni turut telah memperdengarkan bacaan Alquran sebelum masuknya waktu berbuka.
Pada waktu berbuka Pengarah, Pegawai kanan dan Pegawai Pengiring telah berbuka bersama-sama di Dewan PPI .

Majlis diakhiri dengan solat magrib berjemaah.
""