| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sumbangan Juadah Berbuka Puasa Daripada Persatuan Persekutuan Wanita Sarawak Kepada Penghuni Penjara Pusat Sibu

Pada 10 Jun 2017 (Sabtu), Penjara Pusat Sibu telah menerima sumbangan juadah berbuka puasa daripada Persatuan Persekutuan Wanita Sarawak Cawangan Sibu (PPWS). Seramai 15 orang ahli daripada PPWS hadir bagi menyampaikan sumbangan tersebut. Antara sumbangan yang disampaikan adalah bubur pedas, kuih takir dan karipap. Tujuan sumbangan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan di antara PPWS dengan Penjara Pusat Sibu di samping memberi sumbangan kepada penghuni Penjara Pusat Sibu yang menyambut ramadhan di sebalik tirai besi.
""