| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Iftar Ramadhan Warga Penjara Pusat Sibu Bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Pada 09 Jun 2017 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Iftar Ramadhan Bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Ajidin Bin Haji Salleh bertempat di perkarangan Surau Darul Ibadah, Kuarters Penjara Pusat Sibu. Turut hadir pada program tersebut ialah PKP Bismillah Bin Abang Masra, Pengarah Penjara Pusat Sibu, Timbalan Pengarah PP Mohd Jusoh Bin Ismail, pengarah-pengarah Institusi, jabatan kerajaan, pesara penjara dan kakitangan penjara.

Antara pengisian program yang diatur adalah tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Wan Nazarul Bin Wan Abdul Latif, Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak, disusuli dengan solat maghrib dan bacaan yasin serta tahlil. Selepas solat Isyak diteruskan pula dengan solat sunat tarawih dan witir. Majlis diakhiri dengan jamuan moreh untuk jemaah.
""