| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Iftar Ramadhan Penghuni Bersama Pegawai Penjara Pusat Sibu 2017

Pada 08 Jun 2017 (Khamis) telah berlangsung Majlis Iftar Ramadhan penghuni bersama pegawai-pegawai Penjara Pusat Sibu di Dataran Zon Damai, Penjara Pusat Sibu melibatkan seramai 80 orang penghuni. Antara pengisian program adalah persembahan penghuni dan pemberian sumbangan daripada Tabung Baitulmal Sarawak sebelum berbuka puasa. Manakala selepas solat maghrib diisi dengan tazkirah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Omar Bin Ahmad, pegawai daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan diteruskan dengan solat Isyak serta tarawih dan witir.

Majlis Iftar Ramadhan dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Penjara Pusat Sibu, PKP Bismillah Bin Abang Masra, Timbalan Pengarah, pegawai-pegawai kanan dan anggota lain-lain pangkat serta kakitangan awam. Turut hadir adalah pegawai daripada Tabung Haji, Tabung Baitulmal, Jabatan Agama Islam Sarawak serta NGO. Majlis diakhiri dengan jamuan moreh selepas solat tarawih dan witir.
""