Pada 08 Jun 2017 (Khamis) Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Institusi Pusat Koreksional Kamunting iaitu PKP Ranjit Singh a/l Gurdev Singh. Turut bersama Timbalan Pengarah PP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Institusi. Program bermula pada jam 07.00 malam iaitu ketibaan tetamu-tetamu jemputan dari Institusi-Institusi berdekatan serta agensi kerajaan yang berhampiran. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan pertalian diantara warga Jabatan dengan masyarakat setempat. Program ini berlangsung dengan meriah dengan kehadiran Ibu-Ibu tunggal di sekitar kawasan Kamunting. Di akhir majlis turut diadakan penyampaian saguhati kewangan dan bantuan barangan makanan kepada Ibu-Ibu tunggal yang menghadiri majlis dan disampaian oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Kamunting.
""