Pada 05 Jun 2017 (Isnin), Penjara Pusat Sibu telah menerima kunjungan rasmi daripada pegawai-pegawai Kedutaan India, Kuala Lumpur. Seramai 2 orang pegawai dari Kedutaan India telah hadir ke Penjara Pusat Sibu diketuai oleh Mdm Kusum L Yadav (Second Secretary). Tujuan lawatan tersebut adalah untuk berjumpa dengan banduan/tahanan warganegara India yang berada di Penjara Pusat Sibu di samping perjumpaan bersama dengan pengurusan tertinggi Penjara Pusat Sibu.
""