Pada 17 Jun 2017 (Rabu) bertempat di Sri Satria Putrajaya, Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri telah berlangsung Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Bulan Ramadan Bersama YAB Dato? Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri.
Aturcara majlis tersebut dimulakan dengan penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim kakitangan yang bertugas di agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri. Seramai dua puluh dua (22) orang anak-anak yatim dari Jabatan Penjara Malaysia turut menerima sumbangan tersebut. Susunatur majlis diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Syamsul Debat.
Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Menteri-menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ketua-ketua Jabatan dan juga kakitangan-kerajaan.
"" Aturcara majlis tersebut dimulakan dengan penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim kakitangan yang bertugas di agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri. Seramai dua puluh dua (22) orang anak-anak yatim dari Jabatan Penjara Malaysia turut menerima sumbangan tersebut. Susunatur majlis diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Syamsul Debat.
Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Menteri-menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ketua-ketua Jabatan dan juga kakitangan-kerajaan.