Pada 15 Jun 2017 bersamaan 20 Ramadhan 1438H Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak satu Majlis Berbuka Puasa bersama penghuni Penjara Taiping telah diadakan di Dataran Kedamaian Penjara Taiping. Majlis telah dirasmikan oleh Y.A.Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato? Haji Wan Mohd Isa Bin Dato? Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama dan turut dihadiri oleh PP Malek Radzuan Bin Omar, Timbalan Pengarah Penjara Taiping. Majlis dimulakan dengan sumbangan kepada tadarus penghuni serta Imam penghuni sepanjang Terawih di bulan Ramadhan dan Pemberian zakat fitrah penghuni kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak?. Seramai 250 orang penghuni telah terlibat dengan program ini. Tepat jam 7.32 malam, majlis berbuka puasa dan diikuti dengan Solat maghrib berjemaah di Surau Nurul Hidayah. Majlis berakhir jam 8.30 malam.
""