Pada 15.06.2017 (Khamis) bertempat di Rumah Ngaji Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Penghuni Mualaf di Penjara Sungai Udang, Melaka. Seramai (19) penghuni lelaki mualaf dan (3) penghuni wanita mualaf telah menerima sumbangan tersebut yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Muhammad Leo bin Abdullah, Pengerusi Kompleks Darul Hudda, Melaka di bawah penyeliaan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Turut hadir pada majlis tersebut YBhg. TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Sumbangan khas kepada mualaf berbentuk wang adalah merupakan peruntukan dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
""