| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Bersama Pengarah, Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting 2017

KAMUNTING,15 Jun 2017 (Khamis) bersamaan 20 Ramadhan 1438, Unit Agama dengan kerjasama Unit Pemulihan Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan satu Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Bersama Pengarah, Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting 2017 bersempena memperingati bulan ramadhan yang penuh kemuliaan ini. Seramai 158 orang banduan telah hadir untuk menjayakan program ini yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok Fajar, Blok Lestari dan Blok Kekal. Program dimulakan dengan Majlis khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Afiq Bin Exrimah yang melibatkan penyertaan seramai 25 orang penghuni terpilih. Manakala tazkirah ringkas sempena Nuzul Al-Quran telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Lutfi Bin Yahaya Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Koreksional Kamunting. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Bahagian Pemulihan PPP Mat Som bin Ramli yang mewakili Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, dan Ketua Unit Pemulihan KIP Mohd Nazree bin Abd Malik serta tetamu-tetamu jemputan daripada pegawai-pegawai Kanan, dan juga kakitangan awam Pusat Koreksional Kamunting. Majlis diakhiri dengan solat maghrib berjemaah dan jamuan berbuka puasa serta penyampaian saguhati oleh PPP Mat Som Bin Ramli kepada banduan yang terlibat dengan Khatam Al-Quran. Program bermula dari jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 8.00 malam.


""